jangan klik! haha nanti menyesal...

Wednesday, 16 September 2015

Chilling with them! :: Pusat Rekreasi Sungai Wong Ajong ::


Assalamualaikum and hiiii..

Okay, sekarang nak cerita sedikit sebanyak tentang nikmat bersahabat ni. Sahabat adalah orang yang rapat dengan kita selepas ibu bapa dan keluarga. Kadangkala, tidak semua masalah dapat kita luah kepada family. Nahh, disinilah fungsinya SAHABAT! hahaha

Mereka ini yang akan tahu isi hati kita, masalah kita, kegembiraan serta kesedihan kita. Aku juga punya ramai kawan, kadang-kadang tidak semua yang akan turut merasai apa yang kita rasa. Tapi aku sangat bersyukur most if them tak pernah tinggalkan aku. HIHIHI

Berhubung denan cuti sem yang lepas, tak banyak aktiviti yang alu lakukan. Bangun-makan-tido-bangun-makan-tido sehinggalah berulang-ulang campur tolak sedikit unsur penipuan disitu, hahaha ampunnn nakk.

Disini aku nak cerita, alkisah la satu malam tu tett tetetettt bunyi Whatsapp Group masuk. "Guys, jom picnic!" Ojie, kwn aku. Lepastu, macam biasa aa akan meleret-leret la yang akan balas. Ada yang suggest tempat, ada yang suggest makanan nak bawak, tak kurang jugak ada yang banyak merapu. hahaha. Apapun, diorang ohsemm la, ceria sikit Whatsapp aku. Di pendekkan cerita, kami finalize la sapa yang confirm join. Lastly, hanya 7 orang yang dapat join. Aku, Ojie, Tikot, Alice, Sean, Kiai dan Hadi. It's okay, yang lain ada komitmen masing-masing. Kita fahamla, since plan yang dibuat itu pun weekday. HiHi padan muka siapa yang dah bekerja tu tak dapat join. Ampunn  nakk. 

Pada mulanya, kami bercadang nak picnic je kat Sungai Raya, sebab lebih dekat cuma lebih kurang 25 minit perjalanan dari bandar Sri Aman. Bila dah sampai kat situ, berubah fikiran pulak. Adalah orang tu demand nak tempat challenging sikit. Iolls ikut je. hehe. Then, termeterailah semua setuju nak pergi next destination; Wong Ajong. 

Wong Ajong ni agak jauh gakk aaa dari Sri Aman. memakan masa hampir 1 jam. Then, teruskan lah gak perjalanan. Alang-alang nak picnic sangat kan. Dahla masa tu  Unimas akan bukak untuk daftar subjek pukul 12 tgh hari. Dalam hati aku risau jugak la takut tak sempat sebab waktu tu jam dah ,menunjukkan pukul 9 lebih. Aku pujuk hati aku, "takpa, takpa, enjoy dulu" hahaha jahat sungguh. 

Tadaa, sampai jugak kat Wong Ajong. Bayaran masuk murah jerr. Singgit sorang Cik Onahh oiii. Kenderaan pun singgit jugak diorang caj. Lepas settle semua, kitaorang mulakan lah jugak pengembaraan. cheewah. Hahaha. Agak penat jugak aa nak bejalan masuk ke tempat picnic. But, we enoyed the nature sambil pot pet pot pet berwefie. Biasala tu kan. hahaha. Bila dah sampai tu, geng-geng lelaki ni mulalah hidupkan api utk BBQ, kitaorag yang pompuan pulak dek teruja sangat tengok air sungai, sejurus lepas letak barang-barang, terus meluru ke sungai. (Baikk betoll perangainye Hehehe). Pastu kitaorang buat dunno la kt diorang yang tengah berusaha sehabis baik untuk nyalakan api tu. hahaha 

Siap-siap saja diorang hidupkan api jadikan arang,barulah naik kitaorang naik. tak semenggah betol. Pastu, tolong aa sikit-sikit bakar-membakar tu. Then, bila dah siap semuanya apa tunggu lagi, makan lahhh. hehe. Sambil-sambil tu borak pasal kehidupan masing-masing dan tak akan pernah tertinggal, tangkap gambar lerr.





wajah wajah eksaiteddd


hakak payumg satu dulu
siapa punya angkara? angkat kaki. cepat!!! 

menyempat jugak nk stop dulu
kekami lerr tuu


Sungai yang masih bersih dan udara yang segar

gegilrs

Alice, Ojie, aku, Tikot

ikhlas ke idok senyum tu?
yippieee

kite senyum jer tengok perangai awak (tiada kaitan dengan yang hidup atau meninggal dunia)

asal muka kite blur?









okay, dah belanja gambar-gambar, enjoyed! mmuahhh cikedd

Monday, 29 December 2014

Pesanan Mak & Bapak

Assalammualaikum dan hai.. 

Ayah dan ibu merupakan satu anugerah terindah dan tidak ternilai harganya. Mereka adalah insan yang sentiasa ada di saat suka di saat duka. Kerana mereka jugalah kita hidup di dunia pada hari ini. Sayangilah mereka sepenuh hati, taat kepada perintah mereka. Kerna, apabila mereka sudah tiada hilngkan satu keberkatan iaitu DOA dari mereka.



Insan teratas yang berada di takhta hati ini..


Saat-saat study week ni, perasaan rindu selalu menggamit hati. Rindu mak, bapak, adik-adik, kakak, saudara-mara, rumah dan segala-galanya yang ada di kampung. Hati meronta-ronta ingin balik kampung. Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai pelajar lagi penting tambahan pula final exan semakin mendekat. Terpaksa korbankan perasaan tersebut. Dahulukan yang utama. Ingat balik apa tujuan mak bapak hantar ke sini. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa aku rindukan mereka. Mak dan Bapak selalu berpesan;

      "belajar bersungguh-sungguh, kalau kau senang mak bapak boleh la tumpang senang. Jangan ikut macam mak dan bapak, nak belajar tinggi tak kesampaian. Mak sampai Tingkatan 3, Bapak sampai Darjah 6 saja. Datuk dan nenek kau tak mampu nak membiayai persekolahan kami, nak bayar yuran. Sekarang ni bapak kerja keras untuk tampung kau dan adik-adik belajar. Walaupun pendapatan tak banyak tapi cukup untuk membiayai kos pengajian. Pandai2 lah kamu yaa.. Belajar rajin-rajin, jaga diri kat tempat orang.Ingat, kita bukan dari keluarga senang"

Inilah motivasi paling berharga buat aku. Pesanan Mak dan Bapak yang menjadi mendorong untuk aku teruskan perjuangan di sini. Aku sangat sayangkan mereka. Mereka telah banyak berkorban untuk aku. Sedangkan aku, masih belum banyak bakti yang telah aku curahkan kepada mereka. Sikit, sungguh sedikit berbanding apa yang telah mereka berikan kepada aku.

 Ya Allah aku bermohon kepada-Mu, Kau panjangkanlah umur kedua-dua ibu bapaku agar aku mampu mengukir senyuman di wajah mereka, Kau berikanlah aku kesempatan untuk membahagiakan mereka, membalas jasa-jasa mereka, memberi kesenangan kepada mereka.Kau sejaherakanlah hidup mereka di dunia dan akhirat. Kau tinggikanlah darjat mereka di akhirat nanti. Aminn ya rabbal alaminn.

*kesat air mata kesat hingus.  rindu sangat-sangat*

Tuesday, 9 December 2014

The memories to remember..

Assalamualaikum dan haiiiii..
Bertemu kembali. hihi (dh mcm rancangan tv)
Okay, enrty kali ini nk ceritakan tentang majlis perkahwinan sepupu saya. Straight to the point engko jahhh. haha
Baiklah, disebabkan ini merupakan majlis perkahwinan sepupu sulung bagi sepupu sepapat aku belah mak, so EXITED nya mesti melimpah ruah. Betapa gigihnya aku untuk menghadirkan diri dan balik ke kampung. Dengan keadaan assignment yang menimbun, terkejar-kejar dengan due date, Alhamdulillah dengan izin Allah dipermudahkan jalan aku untuk balik bagi meraikan majlis ini. Seronok dapat berkumpul dengan saudara mara apabila berada di kampung. Tenang seketika daripada dibelenggu oleh hiruk piruk kehidupan kampus. So sad to say :( huhu. 
Tapi itulah hakikat kehidupan di kampus. Namun, ada juga manisnya :) 
Asalkan kita ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan, In Sha Allah apa yang kita lihat sebagai beban itu sebenarnya mudah untuk digalas. Secara tidak lansung, dapat mendidik diri kita untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan.
Alahai, melalut la pulak. kalau buat esei sudah dikira lari topik ni. Potong markah. haha. Padan Muka!!
Hihi, berbalik kepada kisah sepupu aku ni.  Seronok yer melihat orang kawen ni.Tapi sedih jugak, kurang la sorang "geng kite-kite". It's okay, sudah sampai seru dia. I'm happy for her.
Tanggal 29/11/2014 Noor Fazilah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Safuan Hakimi. Majlis yang berlansung secara sederhana namun kemeriahan tetap dirasai.



sebelum majlis akad nikah. Terpancar sinar "nervous" diwajahnya. haha

Tok Kadi dgn Pak Cik aku merangkap ayah kepada pengantin perempuan

Menunggu dengan sabar. padahal dalam hati berdebar-debar







cincin perkahwinan
Selamat pengantin baru sepupu saya. semoga mendapat barakah  mawaddah. Bahagia dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik. Officially title tu dah bertukar. MDM Noor Fazilah. hihi.

to be continue.

sekian, wassalam.

Sunday, 16 November 2014

Sebulan ku rasakan bagaikan setahun









Assalamualaikum dan haiiii..

berkurun lamanya menyepi.
entah, sibuk yang teramat kot.
padahal ada je masa, cuma. entah. xde idea kot.
hahahahhaaaa
lupakan. okayyy. mehh nk blanje gambo siket.
inilah jadinya bila kitaorg lama x jumpa. tup tup terjumpa.. berjumpa..
lama kot x bersua muka. memasing sibuk sejak habis cuti midterm haritu.





dak2 FSKPM 2 org ni dtg support event kitaorg.

ni ape ni ape ni?

alolo suwitttt




tadaaaaa.. berempat lebih baik.

dah kenapa? kurang kasih sayang kot. malu titew

engkau abg ngah aku kak yong


seni yang sangat awesome. pergerakan di dalam air.

arghhhhhh!!!!! seteressss mak



nak jugak posing mcm avenger

dak2 FSGK pakat stress dak2 FSKPM senyum je memanjang


candid katenya. aku sorang x fokus kat kamera.

posing ni aku namakan "naik tangga, turun tangga"


okeyyyy.. terima kasih sudi baca entry yang x seberapa ni. aku masih lemau lagi xdak idea. badan penat. otak malas nk pikir.
kalau ada salah dan silap mohon maafkan yer.. saya hanya insan biasa.

wassalam.


Sunday, 25 May 2014

Program LEAD di Taman Negara Gunung Gading, Lundu



Assalamualaikum...
pekaba?
okay.. straight to the point, entry kali nk ceritakan pengalaman yang amat berharga :)
Program “Leadership Exploration And Development (LEAD)” merupakan program akhir untuk kursus Kokurikulum Berkredit di bawah teras Khidmat Komuniti Subteras Belia Dan Masyarakat. Program ini adalah untuk  memenuhi syarat untuk lulus dalam kursus khidmat komuniti subteras belia dan masyarakat. Program diadakan pada 17 sehingga 18 Mei 2014 di Gunung Gading yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Berkredit Subteras Belia dan Masyarakat UNIMAS 2014.

Program ini bertujuan untuk :
i) Melatih peserta untuk sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar.
ii) Membina keyakinan diri dan sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta.
iii) Melahirkan peserta yang mampu bekerjasama dalam pasukan disamping bersaing secara sihat.
iv) Mengasah minda peserta untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat pilihan.

Program “Leadership Exploration And Development (LEAD)” yang  kami laksanakan ini bermatlamat untuk menyumbang dan berkongsi sesuatu dengan anak-anak yatim tentang erti kehidupan yang sebenar serta memberi kesedaran kepada mereka bahawa sumbangan mereka ini juga penting dalam membangunkan sesebuah negara. Program ini keseluruhannya ingin membina sifat kepimpinan, keyakinan diri, dan sahsiah yang positif dalam diri peserta.



tadaaaaa.. inilah dia Taman Negara Gunung Gading

sebelum bertolak. sedang menunggu ketibaan bas
dh sampai terus pasang khemah

adik2 bersemangat tolong kakak. Thankssss

inilah hasik kerjasama dari semua pihak... comel kalau tengok dari pendangan atas
sesi taklimat dan ice breaking

wajah-wajah mereka

adik2 sporting
senaman pagi
bersemangat sebelum jungle tracking
kat waterfall

kawaiiii.....

majlis penutup. bergambar kenangan


Actually, banyak lagi gambar2 dan aktiviti yang dilaksanakan. sampaikan tak larat nk update. so, ini adalah sebahagian daripadanya.  Bercerita tentang pengalaman, sesungguhnya tempoh 2 hari 1 malam itu dirasakan sungguh singkat untuk kami meluangkan masa bersama anak-anak yatim. Melihat kegembiraan di wajah mereka adalah  satu kepuasan bagi kami. Walaupun tempoh waktu sangat singkat, namun kami bagaikan satu keluarga. Terdetik keinsafan didalam diri apabila mengenang nasib mereka. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih mempunyai ibu bapa dan bernasib baik jika dibanding mereka.

Ps: hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada. jangan berhenti berbakti kepada mereka. sesungguhnya jasa mereka tiada tandingannya.

Wednesday, 14 May 2014

Mendapat lampu hijau!

Assalamualaikum...

hari tuk banyak senyum... hihihi
happy gilak2.. sebab? dapat lampu hijau. hehehe
My mum merestui kepulanganku untuk cuti study week kelak.
Seronok. x dapat digambarkan mcm ni perasaan tuk. lop u ketat2 mak.
Walaupun cuti study week kejap jak, tapi rindu terhadap kampung halaman ngan keluarga dah berada di  puncak maksima. sik dapat ditanggung agik. sebab ya lah, minta izin ngan mak nak balit kampung masa cuti ya kelak. Alhamdulillah, mak berik kebenaran. Mak rindu kat kite jugak lettew.. hihi. Nak mintak restu sebab sik lamak gik nak final exam.. nervous. Hopefully Allah ease everything. InsyaAllah.

by the way, my semester break on 20 June 2014.. Yippie!!

note-to-self : struggle, struggle and struggle! final exam around the corner. Make your parent PROUD.

Tuesday, 13 May 2014

Meet My BFF


 Assalamualaikum
hai... entry kali ini saya nak ceritakan tentang sahabat-sahabat baik sejak zaman persekolahan lagi.
kita orang satu kelas sejak tingkatan satu dan terpisah semasa tingkatan dua hingga tiga. Jodoh kami kuat dan bertemu kembali menjadi classmate semasa tingkatan empat.
Saya sayang sangat2 kat diorang. kami selalu ke hulu ke hilir bersama-sama.
Paling tidak dapat dilupakan, kami mendapat gelaran "WRONG GENG" daripada Cikgu Pandeta kerana suka 'ngelayo'. hihi
Sekarang, kami semua telah jauh terpisah oleh ruang dan waktu. Namun, mereka sentiasa dekat di hati. Masing-masing sudah ada komitmen dan hala tuju. Walaupun berjauhan, saya bersyukur kerana ukhuwah yang terjalin tidak putus begitu sahaja. kami masih saling berhubung.

First, nak cerita tentang seorang gadis kecil molek. Dibibirnya tak lekang dengan senyuman. seorang yang lemah lembut dalam tutur bicara. Nama diberi Noor Asmida Binti Buyong. Pelajar tahun 2 Universiti Malaysia Sabah (UMS). Mengambil jurusan Pendidikan Ekonomi. Tuan empunya diri adalah si tudung pink.

miss IDA si gadis ayu

Then, seorang gadis yang periang. Happening dan kalau ketawa mesti keluar suara 'comel'nya. Perangai gila-gila dan banyak peminat. hihi. seorang yang peramah, happy-go-lucky. Norrasahah Binti Jamadi adalah  gerangan empunya diri. Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalan jurusan Software Engineering.
miss SAOT si gadis manis

Next, si gadis mempunyai lesung pipit ni mempunyai aura yang tersendiri. petah apabila berbicara. Seorang yang caring dan matang.Gadis bertuah ini adalah Rozie Binti Adenan. Seorang mahasiswi Universiti Kebagsaan Malaysia (UKM). Mengambil kursus Pendidikan Khas.

miss OJIE si gadis menawan

 After that, si gadis berkaca mata. orangnya sedikit pemalu. Namun, ramah apabila kita sudah mengenalinya. seorang yang yang manja dan baik hati. Dayang Juana Binti Awang Japar nama di beri. Seorang penjawat awam di Jabatan Ukur Tanah. Nama jawatan, saya lupa. hihi

miss ANNA si gadis cantik

Last, si comel yang manja-manja nakal. Seorang yang periang dan sekepala. senang dibawa berbincang dan sentiasa memahami. Teman suka duka gelak ketawa sepak terajang sumpah seranah manja gedik bersama-sama. Sentiasa membantu memandangkan hanya kita orang berdua yang sama universiti. Cer teka dimanakah tempat tersebut? jeng.. jeng.. jeng.. Jabatan Cinta Unimas! menuntut di UNIMAS dalan jurusan Sains Kognitif, FSKPM.

miss TIKOT si gadis comel


hanya satu kata yang mampu diungkapkan saat ini iaitu RINDU. rindu mereka semua. rindu segala kenangan zaman persekolahan. Pergi tandas sama-sama, pergi kantin sama-sama, pergi makmal sama-sama, pergi bilik LKJ sama-sama. pendek kata, hampir semua benda kami bersama. semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah. Sahabat setia umpama pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati pencetus inspirasi. Love U all.

edited by Anna. 


Ps: saya sayang semua kawan2 saya x kira yang baru kenal atau yang dah lama kenal. saya sangat meghargai setiap perkenalan dan pertemuan.