pekaba?
okay.. straight to the point, entry kali nk ceritakan pengalaman yang amat berharga :)
Program “Leadership Exploration And Development (LEAD)” merupakan program akhir untuk kursus Kokurikulum Berkredit di bawah teras Khidmat Komuniti Subteras Belia Dan Masyarakat. Program ini adalah untuk memenuhi syarat untuk lulus dalam kursus khidmat komuniti subteras belia dan masyarakat. Program diadakan pada 17 sehingga 18 Mei 2014 di Gunung Gading yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Berkredit Subteras Belia dan Masyarakat UNIMAS 2014.
Program ini bertujuan untuk :
i) Melatih peserta untuk sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar.
ii) Membina keyakinan diri dan sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta.
iii) Melahirkan peserta yang mampu bekerjasama dalam pasukan disamping bersaing secara sihat.
iv) Mengasah minda peserta untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat pilihan.
Program “Leadership Exploration And Development (LEAD)” yang kami laksanakan ini bermatlamat untuk menyumbang dan berkongsi sesuatu dengan anak-anak yatim tentang erti kehidupan yang sebenar serta memberi kesedaran kepada mereka bahawa sumbangan mereka ini juga penting dalam membangunkan sesebuah negara. Program ini keseluruhannya ingin membina sifat kepimpinan, keyakinan diri, dan sahsiah yang positif dalam diri peserta.
![]() |
tadaaaaa.. inilah dia Taman Negara Gunung Gading |
![]() |
sebelum bertolak. sedang menunggu ketibaan bas |
![]() |
dh sampai terus pasang khemah |
![]() |
adik2 bersemangat tolong kakak. Thankssss |
![]() |
inilah hasik kerjasama dari semua pihak... comel kalau tengok dari pendangan atas |
![]() |
sesi taklimat dan ice breaking |
![]() |
wajah-wajah mereka |
![]() |
adik2 sporting |
![]() |
senaman pagi |
![]() |
bersemangat sebelum jungle tracking |
![]() |
kat waterfall |
![]() |
kawaiiii..... |
![]() |
majlis penutup. bergambar kenangan |
Actually, banyak lagi gambar2 dan aktiviti yang dilaksanakan. sampaikan tak larat nk update. so, ini adalah sebahagian daripadanya. Bercerita tentang pengalaman, sesungguhnya tempoh 2 hari 1 malam itu dirasakan sungguh singkat untuk kami meluangkan masa bersama anak-anak yatim. Melihat kegembiraan di wajah mereka adalah satu kepuasan bagi kami. Walaupun tempoh waktu sangat singkat, namun kami bagaikan satu keluarga. Terdetik keinsafan didalam diri apabila mengenang nasib mereka. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih mempunyai ibu bapa dan bernasib baik jika dibanding mereka.
Ps: hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada. jangan berhenti berbakti kepada mereka. sesungguhnya jasa mereka tiada tandingannya.
No comments:
Post a Comment