Okay, sekarang nak cerita sedikit sebanyak tentang nikmat bersahabat ni. Sahabat adalah orang yang rapat dengan kita selepas ibu bapa dan keluarga. Kadangkala, tidak semua masalah dapat kita luah kepada family. Nahh, disinilah fungsinya SAHABAT! hahaha
Mereka ini yang akan tahu isi hati kita, masalah kita, kegembiraan serta kesedihan kita. Aku juga punya ramai kawan, kadang-kadang tidak semua yang akan turut merasai apa yang kita rasa. Tapi aku sangat bersyukur most if them tak pernah tinggalkan aku. HIHIHI
Berhubung denan cuti sem yang lepas, tak banyak aktiviti yang alu lakukan. Bangun-makan-tido-bangun-makan-tido sehinggalah berulang-ulang campur tolak sedikit unsur penipuan disitu, hahaha ampunnn nakk.
Disini aku nak cerita, alkisah la satu malam tu tett tetetettt bunyi Whatsapp Group masuk. "Guys, jom picnic!" Ojie, kwn aku. Lepastu, macam biasa aa akan meleret-leret la yang akan balas. Ada yang suggest tempat, ada yang suggest makanan nak bawak, tak kurang jugak ada yang banyak merapu. hahaha. Apapun, diorang ohsemm la, ceria sikit Whatsapp aku. Di pendekkan cerita, kami finalize la sapa yang confirm join. Lastly, hanya 7 orang yang dapat join. Aku, Ojie, Tikot, Alice, Sean, Kiai dan Hadi. It's okay, yang lain ada komitmen masing-masing. Kita fahamla, since plan yang dibuat itu pun weekday. HiHi padan muka siapa yang dah bekerja tu tak dapat join. Ampunn nakk.
Pada mulanya, kami bercadang nak picnic je kat Sungai Raya, sebab lebih dekat cuma lebih kurang 25 minit perjalanan dari bandar Sri Aman. Bila dah sampai kat situ, berubah fikiran pulak. Adalah orang tu demand nak tempat challenging sikit. Iolls ikut je. hehe. Then, termeterailah semua setuju nak pergi next destination; Wong Ajong.
Wong Ajong ni agak jauh gakk aaa dari Sri Aman. memakan masa hampir 1 jam. Then, teruskan lah gak perjalanan. Alang-alang nak picnic sangat kan. Dahla masa tu Unimas akan bukak untuk daftar subjek pukul 12 tgh hari. Dalam hati aku risau jugak la takut tak sempat sebab waktu tu jam dah ,menunjukkan pukul 9 lebih. Aku pujuk hati aku, "takpa, takpa, enjoy dulu" hahaha jahat sungguh.
Tadaa, sampai jugak kat Wong Ajong. Bayaran masuk murah jerr. Singgit sorang Cik Onahh oiii. Kenderaan pun singgit jugak diorang caj. Lepas settle semua, kitaorang mulakan lah jugak pengembaraan. cheewah. Hahaha. Agak penat jugak aa nak bejalan masuk ke tempat picnic. But, we enoyed the nature sambil pot pet pot pet berwefie. Biasala tu kan. hahaha. Bila dah sampai tu, geng-geng lelaki ni mulalah hidupkan api utk BBQ, kitaorag yang pompuan pulak dek teruja sangat tengok air sungai, sejurus lepas letak barang-barang, terus meluru ke sungai. (Baikk betoll perangainye Hehehe). Pastu kitaorang buat dunno la kt diorang yang tengah berusaha sehabis baik untuk nyalakan api tu. hahaha
Siap-siap saja diorang hidupkan api jadikan arang,barulah naik kitaorang naik. tak semenggah betol. Pastu, tolong aa sikit-sikit bakar-membakar tu. Then, bila dah siap semuanya apa tunggu lagi, makan lahhh. hehe. Sambil-sambil tu borak pasal kehidupan masing-masing dan tak akan pernah tertinggal, tangkap gambar lerr.
![]() |
wajah wajah eksaiteddd |
![]() |
hakak payumg satu dulu |
![]() |
siapa punya angkara? angkat kaki. cepat!!! |
![]() |
menyempat jugak nk stop dulu |
![]() |
kekami lerr tuu |
![]() |
Sungai yang masih bersih dan udara yang segar |
![]() |
gegilrs |
![]() |
Alice, Ojie, aku, Tikot |
![]() |
ikhlas ke idok senyum tu? |
![]() |
yippieee |
![]() |
kite senyum jer tengok perangai awak (tiada kaitan dengan yang hidup atau meninggal dunia) |
![]() |
asal muka kite blur? |
okay, dah belanja gambar-gambar, enjoyed! mmuahhh cikedd
No comments:
Post a Comment