Ayah dan ibu merupakan satu anugerah terindah dan tidak ternilai harganya. Mereka adalah insan yang sentiasa ada di saat suka di saat duka. Kerana mereka jugalah kita hidup di dunia pada hari ini. Sayangilah mereka sepenuh hati, taat kepada perintah mereka. Kerna, apabila mereka sudah tiada hilngkan satu keberkatan iaitu DOA dari mereka.
![]() |
Insan teratas yang berada di takhta hati ini.. |
Saat-saat study week ni, perasaan rindu selalu menggamit hati. Rindu mak, bapak, adik-adik, kakak, saudara-mara, rumah dan segala-galanya yang ada di kampung. Hati meronta-ronta ingin balik kampung. Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai pelajar lagi penting tambahan pula final exan semakin mendekat. Terpaksa korbankan perasaan tersebut. Dahulukan yang utama. Ingat balik apa tujuan mak bapak hantar ke sini. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa aku rindukan mereka. Mak dan Bapak selalu berpesan;
"belajar bersungguh-sungguh, kalau kau senang mak bapak boleh la tumpang senang. Jangan ikut macam mak dan bapak, nak belajar tinggi tak kesampaian. Mak sampai Tingkatan 3, Bapak sampai Darjah 6 saja. Datuk dan nenek kau tak mampu nak membiayai persekolahan kami, nak bayar yuran. Sekarang ni bapak kerja keras untuk tampung kau dan adik-adik belajar. Walaupun pendapatan tak banyak tapi cukup untuk membiayai kos pengajian. Pandai2 lah kamu yaa.. Belajar rajin-rajin, jaga diri kat tempat orang.Ingat, kita bukan dari keluarga senang"
Inilah motivasi paling berharga buat aku. Pesanan Mak dan Bapak yang menjadi mendorong untuk aku teruskan perjuangan di sini. Aku sangat sayangkan mereka. Mereka telah banyak berkorban untuk aku. Sedangkan aku, masih belum banyak bakti yang telah aku curahkan kepada mereka. Sikit, sungguh sedikit berbanding apa yang telah mereka berikan kepada aku.
Ya Allah aku bermohon kepada-Mu, Kau panjangkanlah umur kedua-dua ibu bapaku agar aku mampu mengukir senyuman di wajah mereka, Kau berikanlah aku kesempatan untuk membahagiakan mereka, membalas jasa-jasa mereka, memberi kesenangan kepada mereka.Kau sejaherakanlah hidup mereka di dunia dan akhirat. Kau tinggikanlah darjat mereka di akhirat nanti. Aminn ya rabbal alaminn.
*kesat air mata kesat hingus. rindu sangat-sangat*
No comments:
Post a Comment