hai... entry kali ini saya nak ceritakan tentang sahabat-sahabat baik sejak zaman persekolahan lagi.
kita orang satu kelas sejak tingkatan satu dan terpisah semasa tingkatan dua hingga tiga. Jodoh kami kuat dan bertemu kembali menjadi classmate semasa tingkatan empat.
Saya sayang sangat2 kat diorang. kami selalu ke hulu ke hilir bersama-sama.
Paling tidak dapat dilupakan, kami mendapat gelaran "WRONG GENG" daripada Cikgu Pandeta kerana suka 'ngelayo'. hihi
Sekarang, kami semua telah jauh terpisah oleh ruang dan waktu. Namun, mereka sentiasa dekat di hati. Masing-masing sudah ada komitmen dan hala tuju. Walaupun berjauhan, saya bersyukur kerana ukhuwah yang terjalin tidak putus begitu sahaja. kami masih saling berhubung.
First, nak cerita tentang seorang gadis kecil molek. Dibibirnya tak lekang dengan senyuman. seorang yang lemah lembut dalam tutur bicara. Nama diberi Noor Asmida Binti Buyong. Pelajar tahun 2 Universiti Malaysia Sabah (UMS). Mengambil jurusan Pendidikan Ekonomi. Tuan empunya diri adalah si tudung pink.
![]() |
miss IDA si gadis ayu |
Then, seorang gadis yang periang. Happening dan kalau ketawa mesti keluar suara 'comel'nya. Perangai gila-gila dan banyak peminat. hihi. seorang yang peramah, happy-go-lucky. Norrasahah Binti Jamadi adalah gerangan empunya diri. Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalan jurusan Software Engineering.
![]() |
miss SAOT si gadis manis |
Next, si gadis mempunyai lesung pipit ni mempunyai aura yang tersendiri. petah apabila berbicara. Seorang yang caring dan matang.Gadis bertuah ini adalah Rozie Binti Adenan. Seorang mahasiswi Universiti Kebagsaan Malaysia (UKM). Mengambil kursus Pendidikan Khas.
![]() |
miss OJIE si gadis menawan |
After that, si gadis berkaca mata. orangnya sedikit pemalu. Namun, ramah apabila kita sudah mengenalinya. seorang yang yang manja dan baik hati. Dayang Juana Binti Awang Japar nama di beri. Seorang penjawat awam di Jabatan Ukur Tanah. Nama jawatan, saya lupa. hihi
![]() |
miss ANNA si gadis cantik |
Last, si comel yang manja-manja nakal. Seorang yang periang dan sekepala. senang dibawa berbincang dan sentiasa memahami. Teman suka duka gelak ketawa sepak terajang sumpah seranah manja gedik bersama-sama. Sentiasa membantu memandangkan hanya kita orang berdua yang sama universiti. Cer teka dimanakah tempat tersebut? jeng.. jeng.. jeng.. Jabatan Cinta Unimas! menuntut di UNIMAS dalan jurusan Sains Kognitif, FSKPM.
![]() |
miss TIKOT si gadis comel |
hanya satu kata yang mampu diungkapkan saat ini iaitu RINDU. rindu mereka semua. rindu segala kenangan zaman persekolahan. Pergi tandas sama-sama, pergi kantin sama-sama, pergi makmal sama-sama, pergi bilik LKJ sama-sama. pendek kata, hampir semua benda kami bersama. semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke Jannah. Sahabat setia umpama pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati pencetus inspirasi. Love U all.
![]() |
edited by Anna. |
Ps: saya sayang semua kawan2 saya x kira yang baru kenal atau yang dah lama kenal. saya sangat meghargai setiap perkenalan dan pertemuan.
Curi pic oiiii...
ReplyDeletehahaha.. well..
Delete